

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daeah (PPVD) Seberang Perai Utara
1877 Jln Pokok Machang
Pokok Sena
3220 Kepala Batas
Pulau Pinang
Tel : 04-5732616
Faks : 04-5737080
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD)
Seberang Perai Tengah
Cherok Tok Kun,Jln Kulim
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Tel : 04-5394104
Faks : 04-5303724
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD)
Seberang Perai Selatan
14200 Sungai Jawi,Sungai Bakap Pulau Pinang
Tel : 04-5824366
Faks : 04-5829793
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD)
Timur Laut
Jalan Kampung Jawa Baru
10150 Pulau Pinang
Tel : 04-2285734
Faks : 04-2296424
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Barat Daya
11000 Balik Pulau. Pulau Pinang
Tel : 04-8668231
Faks : 04-8669335
Jabatan Veterinar telah wujud seawal tahun 1888 lagi, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Pada masa itu, tugas utama Doktor ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar Negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, maka sebuah pusat kuarantin telah dibina pada tahun 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.
Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan pewujudan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga tahun 1930.
Pada masa itu, tugas utama pegawai yang dilantik ialah megawal wabak penyakit haiwan (epidermic). Disamping itu, satu unit Veterinary Police Force telah ditubuhkan di Jabatan Polis di bawah kawalan ketua polis negeri. Unit ini juga ditugaskan untuk memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan penyakit anjing gila dan menjadi mata-mata untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan. Walaubagaimanapun, unit ini kemudiannya dimasuhkan dan digantikan dengan atenden haiwan.
Pada tahun 1930, Perkhidmatan Veterinar telah dipisahkan dari Jabatan Perubatan. Pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kemudiaan Jabatan Perkhidmatn Haiwan juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1934, ibu pejabat jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dipindahkan dari Sigapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehinggalah Perang Dunia ke-2. Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.
Pada 16 November 1957, Allahyarham En. Johari Daud (Tan Sri Dato') telah dilantik menjadi anak watan pertama menerajui Jabatan selepas kemerdekaan negara. Peranan serta fungsi jabatan telah diperluaskan demi memenuhi aspirasi rakyat dalam sebuah negara merdeka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia ialah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Pertanian Malaysia, manakala Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri ditadbir di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Sehinggalah pada tahun 2008 kini, Jabatan Perkhidmatan Malaysia telah diterajui oleh Sembilan (9) orang Ketua Pengarah. Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia pernah berada di Singapura sebelum berpindah ke Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.
Kemudian berpindah lagi ke Bangunan Chase Perdana, Jalan Semantan Off Bukit Damansara sebelum akhirnya pada Mei 2005, berpindah ke bangunan sendiri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Blok Podium Lot 4G1 dan 4G2, Presint 4, Pusat Pertadbiran Kerajaan Pesekutuan, Putrajaya sehingga pada hari ini.
Akhirnya, sebagai satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan dan industri penternakan di negara ini, maka perluasan skop tanggungjawab serta peranan jabatan bagi memenuhi aspirasi sejagat telah membawa kepada penjenamaan semula Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia. Tanggal 24 Mei 2008 merupakan tarikh bersejarah buat warga jabatan khususnya dan organisasi Jabatan Perkhidmatan Haiwan umumnya apabila nama Jabatan telah ditukarkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, dengan penuh bersejarah. Kini JPV lebih matang dan berkeyakinan, untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Jabatan serta Agensi Kementerian yang lain.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084370 | Faks : +604-5084366
Email : dvspenang[at]dvs [dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara 2026 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang