

SEJARAH PENUBUHAN PENGUATKUASAAN VETERINAR PULAU PINANG
Cawangan Penguatkuasaan Pulau Pinang mula ditubuhkan pada 5 Ogos 1991
Bilangan kakitangan pada masa itu adalah seramai 2 orang sahaja dan mereka merupakan pengasas Cawangan Penguatkuasa Pulau Pinang iaitu Loganathan a/l Armom & Rosli Che Wil
Berpejabat di tingkat atas JPV PP beralamat Jalan Gurdwara, Pulau Pinang
En. Ismail bin Harun berpindah dari Unit Penguatkuasa Taiping dan menjadi Ketua Cawangan Penguatkuasaan Pulau Pinang pada 1 Mac 1992.
Berpindah ke pejabat di kuarters kakitangan yang diubahsuai di belakang pejabat JPV PP yang beralamat Jalan Gurdwara, Pulau Pinang pada 1 Januari 1993
Berpindah ke pejabat JPV Pulau Pinang yang baru di Jalan Bukit Tengah Pulau Pinang pada 1 April 1999
Bilangan kakitangan semasa adalah seramai 9 orang manakala perjawatan yang diluluskan adalah seramai 12 orang
PERANAN PENGUATKUASAAN VETERINAR PULAU PINANG
v Kawalan penyakit haiwan dan zoonotik
v Pengeluaran ternakan, hasilan ternakan dan makanan ternakan
v Pembangunan industri haiwan
v Kebajikan dan kesejahteraan manusia serta haiwan
v Kesejahteraan dan keharmonian persekitaran
UNDANG – UNDANG YANG DIKUATKUASAKAN
Undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri Pulau Pinang:
AKTA Binatang 1953
Warta Kerajaan Negeri [Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut)]
Akta Makanan Haiwan 2009
Akta Doktor Veterinar 1974
Segala kuasa berkaitan penyembelihan ternakan, pelesenan ladang dan kawalan pencemaran adalah dibawah bidang kuasa PBT (MPPP & MPSP)
DVS P. Pinang belum mempunyai Enakmen Negeri Penternkan Babi 2016
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084370 | Faks : +604-5084366
Email : dvspenang[at]dvs [dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara 2026 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang