


Sejarah Awal Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah adalah pada Tahun 1918. Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Seberang Perai Tengah telah ditubuhkan di Jalan Aston, bersebelahan padang permainan Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Bangunan asal hanya mempunyai dua bilik dan dianggarkan menempatkan seorang Inspektor Haiwan serta 3 hingga 4 orang anggota.
Pada Tahun 1979 – Jumlah anggota telah meningkat kepada 18 orang, menyebabkan pejabat sedia ada menjadi terlalu sesak. Cadangan dikemukakan untuk membina pejabat baharu berhampiran Pusat Pertanian Cherok Tok Kun, dalam kawasan Pusat Pembiakan Khinzir, Bukit Mertajam.
Pada Tahun 1984 – Bangunan pejabat baharu siap dibina dan mula digunakan. Sejak itu, operasi PPV Seberang Perai Tengah dijalankan dari lokasi baharu di Cherok Tok Kun, Jalan Kulim, Bukit Mertajam, yang masih menjadi lokasi pejabat sehingga kini.
Selain menjadi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Tengah, PPVD SPT turut berperanan menyediakan perkhidmatan kesihatan haiwan, pembangunan industri ternakan, khidmat nasihat kepada penternak, kawalan penyakit haiwan, serta pemeriksaan haiwan dan produk haiwan bagi tujuan pemindahan dalam dan luar negeri.
FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH
HUBUNGI KAMI :
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD)
Seberang Perai Tengah
Cherok Tok Kun,Jln Kulim
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Tel : 04-5394104
Faks : 04-5303724
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084370 | Faks : +604-5084366
Email : dvspenang[at]dvs [dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara 2026 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang