Image

faq p

hubungi p

maklumbalas p

peta p

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH TIMUR LAUT

DTL

Pada tahun 1965, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut diwujudkan. Ianya diasingkan dan ditempatkan di bangunan sekarang yang mana pada asalnya merupakan bangunan kandang lembu. Dalam era pembangunan industri pengeluaran, hasil pengeluaran ternakan ayam dan khinzir telah menunjukan output yang optima untuk di eksport. Penekanan perkhidmatan ternakan diperluaskan lagi melalui pelbagai program seperti pengenalan Rancangan Buku Hijau, Amalan Makanan dan Makanan ( AMP ) dan projek pawah.

Pada era 1980'an penternak telah beredar kepada industri ternakan secara komersial dimana penternak sudah mula diberi peluang mengikuti kursus yang berkaitan dengan penternakan haiwan. pada era 1990'an industri penternakan dalam Pulau Pinang sudah mula disaingi oleh sektor pembuatan/perkilangan, perumahan dan ini menyebabkan sebahagian daripada penternak terpaksa menutup ladang atau berpindah ke tempat lain dan sehingga kini Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut Pulau Pinang memberi tumpuan kepada rawatan, suntikan pepalilan anjing, kucing dan ayam, penginapan anjing dan kucing. Selain daripada itu, program kawalan penyakit haiwan juga turut diberikan kepada penternak yang masih lagi berada di daerah ini seperti program kawalan penyakit kebangsaan yang diadakan pada setiap tahun serta program kempen kesedaran penyakit berjangkit. 

FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH

  1. Menyediakan perkhidmatan veterinar yang cekap dan proaktif untuk merangsang pertumbuhan industri ternakan.
  1. Melaksanakan program pembangunan industri ternakan peringkat daerah disamping usaha pembangunan usahawan.
  1. Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan jabatan berkaitan dengan sistem penternakan dan pengurusan.
  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit ternakan di daerah.
  1. Melaksana dan menyelaras program kesihatan ternakan di daerah seperti program kawalan penyakit berjangkit dan penyakit zoonosis.
  1. Melaksanakan pemeriksaan fizikal/klinikal ke atas haiwan / bahan haiwan untuk tujuan eksport.

 

HUBUNGI KAMI :

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD)
Timur Laut
Jalan Kampung Jawa Baru
10150 Pulau Pinang
Tel : 04-2285734
Faks : 04-2296424

Hubungi Kami

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084370 | Faks : +604-5084366
Email : dvspenang[at]dvs [dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara 2026 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Statistik Pelawat

13050009
Today: 40
This Week: 1,045
This Month: 5,585
This Year: 10,078
Total: 13,050,009

Dasar & Penafian

  • Tarikh Kemaskini : Thursday 27 August 2026.