BMHeader

PILIHAN BAHASA  | BAHASA KETIGA 


 

faq p hubungi p maklumbalas p peta p
Soalan Lazim   Hubungi Kami      Aduan &
Maklumbalas 
Peta Laman

Pengumuman

PERHATIAN : 

Dimaklumkan bahawa email rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang yang baru adalah Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Harap maklum 

PERHATIAN !!!!
Rabies atau Penyakit Anjing Gila
Sila ambil tindakan segera dengan melaporkan ke DVS terdekat
baca lagi

Selamat Datang Ke Portal Rasmi
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
Terima Kasih Diatas Kunjungan Anda

 KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

NOTIS SEBUTHARGA KERJA

NO SEBUT HARGA: VPP (S) 03/08/3  

KERJA-KERJA MEMBINA / MEMBAIKPULIH KANDANG DAN PAGAR SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

  1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred G1 Kategori B Pengkhususan B04 KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN ATAU B24 KERJA-KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN
  1. Pemilik syarikat yang berminat dan mempunyai kelayakan sahaja dipelawa mendaftar melalui pautan link berikut :- https://forms.gle/ZpkqoWThTrxRH4Sd9 pada iklan sebut harga yang di paparkan di Facebook dan laman sesawang JPV Pulau Pinang dan seperti senarai edaran yang telah dibuat.
  1. Tarikh pendaftaran online adalah dari 2 hingga 3 September 2021 bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 11.59 malam sahaja.
  1. Dokumen Sebut Harga hanya akan dihantar kepada syarikat yang layak sahaja pada 7 September 2021 melalui email yang telah didaftarkan dalam pendaftaran online tersebut.
  1. Tiada lawatan tapak yang akan diadakan untuk Sebut Harga ini.

MAKLUMAT / NOTA BERKAITAN TAKLIMAT SEBUTHARGA DISERTAKAN BERSAMA-SAMA DOKUMEN SEBUTHARGA.

  1. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di: Kaunter Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang tidak lewat dari jam 00 tengah hari, 14 SEPTEMBER ,2021 (SELASA)
  1. Penyebutharga adalah diminta mengemukakan dokumen sebutharga menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR / KURIER / SERAHAN SECARA PANDU LALU. Penyebutharga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebutharga selewat-lewatnya pada 00 tengah hari, 14 September ,2021 (Selasa)
  1. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut adalah tidak di layan.
  1. Pejabat ini ingin mengingatkan bagi mana-mana individu,pemilik syarikat atau wakil syarikat yang bergejala Covid 19, anda TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang urusan dengan pejabat ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat ini di talian 04-5084 368/369/370.

SPU

QR Kod Pendaftaran

KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

NOTIS SEBUTHARGA KERJA

 NO SEBUT HARGA: VPP (S) 03/08/2

                                          KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH REBAN AYAM DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DAERAH BARAT DAYA

  1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred G1 Kategori B Pengkhususan B04 KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN ATAU B24 KERJA-KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN
  1. Pemilik syarikat yang berminat dan mempunyai kelayakan sahaja dipelawa mendaftar melalui pautan link berikut :- https://forms.gle/H3TWqcDYpyP8BVYr9 pada iklan sebut harga yang di paparkan di Facebook dan laman sesawang JPV Pulau Pinang dan seperti senarai edaran yang telah dibuat.
  1. Tarikh pendaftaran online adalah dari 2 hingga 3 September 2021 bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 11.59 malam sahaja.
  1. Dokumen Sebut Harga hanya akan dihantar kepada syarikat yang layak sahaja pada 7 September 2021 melalui email yang telah didaftarkan dalam pendaftaran online tersebut.
  1. Tiada lawatan tapak yang akan diadakan untuk Sebut Harga ini.

MAKLUMAT / NOTA BERKAITAN TAKLIMAT SEBUTHARGA DISERTAKAN BERSAMA-SAMA DOKUMEN SEBUTHARGA.

  1. Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di: Kaunter Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, 14 SEPTEMBER ,2021 (SELASA)           
  1. Penyebutharga adalah diminta mengemukakan dokumen sebutharga menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR / KURIER / SERAHAN SECARA PANDU LALU. Penyebutharga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebutharga selewat-lewatnya pada 12.00 tengah hari, 14 September ,2021 (Selasa)
  1. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut adalah tidak di layan.
  1. Pejabat ini ingin mengingatkan bagi mana-mana individu,pemilik syarikat atau wakil syarikat yang bergejala Covid 19, anda TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang urusan dengan pejabat ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat ini di talian 04-5084 368/369/370.

DBD

QR Kod untuk Pendaftaran

GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS

  1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan
  2. Projek dijalankan di negeri Pulau Pinang dan telah memulakan projek sekurang – kurangnya 3 tahun
  3. Telah berdaftar sebagai penternak bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID premis
  4. Menjalankan penternakan sepenuh masa
  5. Mempunyai kerjasama yang baik dengan pihak Jabatan dan menerima khidmat nasihat daripada Jabatan
  6. Status tanah yang jelas - Mempunyai surat pemilikan tanah sendiri @ sewaan dengan perjanjian yang sah dan berbaki sekurang – kurangnya 5 tahun @ surat kebenaran sekiranya pemilikan tanah bersama
  7. Mempunyai lesen yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  8. Mempunyai sekurang – kurangnya 25 hingga 50 ekor bagi ternakan lembu / kerbau atau 50 hingga 100 ekor bagi ternakan kambing / bebiri
  9. Mempunyai keluasan menternak yang mencukupi dan bersesuaian bagi binaan kandang baharu serta mempunyai sumber makanan
  10. Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau dan dibimbing oleh pihak Jabatan sepanjang tempoh 5 tahun dengan menandatangani perjanjian dengan pihak Jabatan
  11. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bagi satu jenis komoditi sahaja samada geran pemadanan di bawah peruntukan Projek Perintis Ruminan Besar atau Projek Perintis Ruminan Kecil sekiranya pemohon menternak kedua – dua jenis komoditi ruminan tersebut
  12. Bagi peserta yang terpilih adalah layak untuk menerima Geran Pemadanan Projek Perintis (Baka Ternakan) pada tahun 2022 sekiranya peruntukan ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun hadapan
  13. Pemohon yang berjaya perlu menyediakan bayaran 10% daripada jumlah keseluruhan perolehan sebelum Projek Perintis dilaksanakan oleh pihak pembekal yang dilantik oleh pihak Jabatan
  14. Sekiranya pemohon menarik diri selepas menjelaskan bayaran 10% atas sebab – sebab tertentu, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon berkenaan

<<<<< MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>>>

<<<< Jenis Geran Pemadanan di Bawah Projek Perintis Yang Ditawarkan >>>>

Kepada Penternak Negeri Pulau Pinang Yang Berkelayakan Sila Hubungi Dr Norameza Ahmad Zabidi Di Talian 04-5084368/69/70 Sambungan 105 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2021

PKP2021

 

 

 

GERAN PEMADANAN PROJEK TRANSFORMASI
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN  GERAN PEMADANAN PROJEK TRANSFORMASI

a) Warganegara Malaysia dan menjalankan projek di dalam negeri Pulau Pinang

b) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

c) Telah berdaftar sebagai usahawan bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

d) Telah memulakan projek sekurang-kurangnya 3 tahun

e) Berumur 50 tahun ke bawah pada tarikh permohonan

f) Premis pemilikan sendiri atau sewaan dengan perjanjian sekurang-kurangnya berbaki 5 tahun

g) Telah menunjukkan prestasi yang baik sekurang-kurangnya satu tahun berdasarkan nilai jualan tahunan. Perlu menyediakan bukti dokumen (penyata kewangan syarikat) kepada pihak Jabatan bagi tujuan penilaian

h) Usahawan mestilah sekurang-kurangnya berada di tahap 3 dengan nilai jualan tahunan RM100,000.00 ke atas

i) Memiliki lokasi pemasaran produk yang tetap

j) Mempunyai kerjasama yang baik dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

k) Pemohon yang berjaya perlu menyediakan bayaran 20% daripada jumlah perolehan dengan nilaian maksimum bayaran RM10,000.00. Sekiranya pemohon menarik diri selepas menjelaskan bayaran 20% atas sebab – sebab tertentu, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon berkenaan

l) Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh pihak Jabatan dalam tempoh 5 tahun

 

<<<< MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> 

 <<<< Jenis Geran Pemadanan di Bawah Projek Transformasi Yang Ditawarkan >>>>

Kepada Penternak Negeri Pulau Pinang Yang Berkelayakan Sila Hubungi Dr Norameza Ahmad Zabidi Di Talian 04-5084368/69/70 Sambungan 105 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2021