Soalan Lazim A-Z Peternakan Tenusu
APAKAH DIA PETERNAKAN TENUSU? Peternakan tenusu adalah satu bidang kerja pertanian yang berdaya maju, memerlukan tumpuan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Lembu-lembu susu yang sesuai dan bermutu diurus dengan cekap, makanan cukup dan seimbang diberikan. Pembiakan lembu-lembu berkenaan mencapai tahap yang memuaskan membolehkannya beranak dan seterusnya mengeluarkan susu bermutu serta kuantiti yang memberansangkan. Keluaran susu dapat ditingkatkan dengan mempastikan makanan mencukupi, bermutu dan seimbang. Kos pengeluaran dapat dikurangkan dengan bekalan rumput bermutu mencukupi, manakala makanan tambahan menggunakan campuran yang sesuai dan murah. Bekalan rumput yang kurang akan menyebabkan makanan tambahan yang diberikan digunakan untuk penyelengaraan tidak untuk pengeluaran susu sepenuhnya. Ini meningkatkan kos pengeluaran. Lembu cepat bunting bermakna cepat beranak, tempuh masa kering susu dan tidak produktif dapat dikurangkan.
|
BAGAIMANA MENJADI PENTERNAK TENUSU ?
Untuk menjadi penternak tenusu yang berjaya, bakal penternak perlu memiliki empat perkara utama berikut;
Jika anda mempunyai sifat-sifat tersebut peternakan tenusu adalah merupakan bidang kerja yang boleh diceburi.
Petam yang berminat perlu mendaftar diri dan mengisi borang kursus tenusu asas di Pusat-Pusat Pengumpulan Susu yang berdekatan. Kursus asas dalam penjagaan lembu dan pemerahan susu akan diberikan, ianya memakan masa dua minggu. Setamatnya kursus ini anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman bank (jika anda tidak memiliki modal) untuk memulakan alam peternakan tenusu.
Modal pokok bagi membangunkan usaha peternakan tenusu dengan 5 ekor lembu ibu adalah dianggarkan menelan sebanyak $7,000.00. lanya termasuk kos pembelian lembu, mendirikan kandang dan pembelian beberapa alat perlu.
- Minat kepada peternakan tenusu, kesungguhan dan daya usaha berterusan
- Sumber makanan ternakan yang terjamin atau memiliki tanah yang boleh dimajukan dengan rumput bermutu
- Pengetahuan dan modal pokok untuk memulakan usaha
- Kawasan untuk mendirikan kandang
ADAKAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MEMPUNYAI PROGRAM KHAS BAGI MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN PETERNAKAN TENUSU ?
Ya. Ada.
Program Pembangunan Perusahan Tenusu telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan sejak tahun 1974 dengan objektif untuk meningkatkan pengeluaran susu dalam negara dan menambahkan pendapatan petani menerusi usaha tenusu. Dalam program ini rangkaian Pusat-Pusat Pengumpulan Susu (PPS) telah didirikan di seluruh Semenanjung. Empat puluh (40) buah PPS ini (rajah 1 ) sedia memberikan khidmat kepada para penternak di sekitar nya.
Setiap PPS dilengkapkan dengan kemudahan pengumpulan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan susu. Terdapat juga pusat-pusat yang di lengkapkan dengan peralatan pemprosesan susu. Di samping kemudahan ini PPS juga mempunyai kakitangan mahir yang sedia membantu penternak dalam usaha peternakan tenusu.
APAKAH PERANAN PUSAT PENGUMPULAN SUSU ?
Di samping mengumpul susu keluaran penternak PPS juga membantu penternak dengan memberi khidmat-khidmat berikut;
- Permainan beradas dan pembiakbakaan
- Bekalan makanan ternakan dan pembangunan pastura
- Pengembangan dan bimbingan penternak
- Pembekalan lembu kacukan bermutu
- Urusan kredit bekalan input tenusu
- Urusan peminjaman bank oleh penternak
- Perl indungan ternakan
- Kawalan mutu, pengendalian dan penyimpanan susu
- Pengangkutan susu dari penternak dan ke kilang pemproses
- Pemprosesan susu dan bahan susu
- Pemasaran susu
- Perekodan peternakan
- Akaun amanah dan urusan kewangan dan pembayaran hasil kepada penternak
BAGAIMANA MENUBUHKAN SEBUAH LADANG TENUSU ?
Sebelum penternak membangunkan sebuah ladang tenusu perkara-perkara berikut perlulah dipertimbangkan dahulu;
Selepas anda menganalisa soalan ini dan mendapati tempat yang anda cadangkan berhampiran dengan PPS, dekat dengan sumber makanan, terdapat sumber air yang berhampiran dan ianya tidak akan mengganggu jiran bersebelahan barulah anda boleh membangunkan projek tenusu.
Apabila anda telah memahami kerja-kerja seorang penternak tenusu menerusi kursus tenusu yang dihadiri ataupun melawat dan meneliti penternak yang berjaya perkara berikut perlu dijalankan;
- Adakah tempat cadangan termasuk di dalam kawasan liputan PPS
- Dapatkah sumber makanan seperti rumput dibekalkan ke tempat cadangan
- Apakah kemudahan bekalan air berdekatan
- Adakah projek akan mengganggu jiran tetangga
- Mendirikan kandang lembu
- Membeli lembu
- Menyediakan atau mengenal pasti sumber makanan ternakan
KURSUS ADAKAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MENYEDIAKAN KURSUS ?
Kursus tenusu disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Terdapat dua jenis kursus yang ditawarkan kepada penternak;
Ini adalah kursus lanjutan yang menitikberatkan pengurusan secara komersial. Ianya memakan masa satu minggu, juga ditanggung oleh Jabatan sepenuhnya.
- Kursus Pemerah Susu
Kursus asas ini menekankan praktik pengurusan dan pemerahan susu. Ianya memakan masa 2 minggu dan semua biaya adalah ditanggung oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan - Kursus Tenusu Komersial
APAKAH CIRl-CIRI KANDANG YANG BAIK ?
BAGAIMANA PULA DENGAN LEMBU ? Lembu tenusu yang sesuai adalah jenis kacukan Friesian Sahiwal. Ianya juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL Lembu-lembu ini boleh didapati menerusi Jabatan Perkhidmatan Haiwan, dengan harga $1100.00 seekor. Penternak boleh juga mendapatkan sendiri menerusi lain-lain penternak yang ingin menjual lembunya mengikut harga pasaran semasa. APAKAH SISTEM PENGURUSAN YANG BOLEH DIPRAKTISKAN ?
APAKAH KERJA HARIAN PENTERNAK TENUSU ITU ? Di antara kerja-kerja harian penternak tenusu itu, termasuklah:
MENGAPA MAKANAN YANG MENCUKUPI DAN BERMUTU ITU PENTING ? Lembu tenusu memerlukan makanan yang banyak. Ia memerlukan rumput segar seberat 10% dari berat badannya. Untuk berat badan 400 Kg kira-kira 40 Kg (2 guni) rumput adalah diperlukan. Di samping itu ia juga memerlukan makanan tambahan untuk membolehkan ianya mengeluarkan susu dengan memuaskan. Sebagai panduan, dedak diperlukan adalah sebanyak 1 Kg bagi setiap 2 Kg susu yang dihasilkan dalam sehari. Secara kasar lembu perlukan makanan untuk sara-hidup, pengeluaran (susu atau daging) dan juga untuk membiak. Bila bekalan makanan tidak mencukupi lembu pertamanya akan mengalami masalah membiak, kemudian rendah pengeluaran susu dan seterusnya menjadi kurus dan tersiksa. MENGAPA LEMBU TENUSU PERLU DIBIAKKAN ? Lembu tenusu perlu membiak dan beranak sebelum ianya mengeluarkan susu. Kelewatan lembu beranak semula menyebabkan jangka masa kering yang panjang dan akan menjejas sumber hasil usaha peternakan. Untuk mempastikan lembu anda dapat membiak dengan sempurna sila tentukan permakanan yang cukup dan lembu tersebut dikahwinkan atau disuntik secepat mungkin selepas beranak. ADAKAH PENGESANAN BERAHI (TANDA BIANG) ITU PENTING ? Ya. Amat penting. Lembu-lembu hanya akan kahwin atau boleh disuntik bila berahi. Pusingan berahi pada keadaan normal akan memakan masa 3 minggu. Kelalaian dalam mengesan berahi ini akan menyebaLkan lembu lewat dikahwinkan, anak berikutnya lewat diperolehi dan laktasi seterusnya lambat bermula. Ini adalah merugikan. BAGAIMANA PULA DARI SEGI PEMERAHAN SUSU ? Terdapat dua cara pemerahan susu di jalankan. Pertama - menggunakan tangan. Ianya memerlukan tenaga dan kemahiran pemerahan yang betul. Tiga perkara penting perlu diperhatikan dalam pemerahan menggunakan tangan.
MENGAPA PENGLIBATAN SECARA KOMERSIAL ITU PENTING ? Peternakan tenusu harus menjadi bidang kerja yang menguntungkan. Penglibatan secara kecilan dan sambilan tidak memberikan pendapatan yang memuaskan. Bilangan lembu ibu menyusu bagi penternak komersial adalah tidak kurang dari 10 ekor. Untung bersih bagi seekor lembu tenusu yang diurus dengan sempurna adalah dianggarkan sebanyak $40.00 sebulan. Dengan 10 ekor lembu pendapatan bulanan adalah dianggarkan berjumiah $400.00. Kerajaan sedang menggalakkan penternak menjadi penternak komersial selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN). ADAKAH PERLU REKOD TERNAKAN DICATAT ? Ya. Perlu. Kerana hanya dengan membuat catatan sahaja penternak dapat mengetahui kedudukan ladangnya. Perkara penting yang perlu dicatatkan termasuklah:
APAKAH SISTEM PEREKODAN BARU PETERNAKAN TENUSU ? Program perekodan berkomputer peternakan tenusu - BANKDATA TENUSU. Program ini mementingkan perhatian kepada setiap individu lembu ibu, penternak perlu merekod perlakuan lembu seperti beranak, suntikan, keluaran susu dan pemeriksaan kebuntingan ke dalam buku catatan. Data ini kemudiannya diproses menggunakan komputer. Maklumat darinya dalam bentuk laporan dan senarai tindakan tersedia untuk dimunafaatkan dan dapat meningkatkan mutu khidmat agen pengembangan Jabatan. APAKAH PENYAKIT YANG BIASA MENJADI MASALAH PETERNAKAN DAN MENGURANGKAN DAYA PENGELUARAN LEMBU ? Mastitis - jangkitan labu susu. Tidak subur dan panjang jarak beranak. Mastitis disebabkan oleh kuman yang menyerang labu susu akibat pemerahan yang tidak betul dan tidak higenik. Hubungilah PPS berdekatan bila mengesyaki susu rosak atau tidak normal. Lembu tidak subur sebahagian besarnya disebabkan tidak cukup makan. Penternak perlu ingat jika makanan tidak mencukupi yang pertama terjejas ialah tahap kesuburannya. Lembu akan menghadapi masalah untuk dibuntingkan. BAGAIMANA PRODUKTIVITI LEMBU DAN LADANG DAPAT DlTlNGKATKAN ? Produktiviti dapat ditingkatkan dengan:
|
- Hits: 10564