Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Last Update
[ Thursday, 21 March 2024, 15:39:15 ]

FAQ|Hubungi|MaklumBalas|PetaLaman

Facebook1 Twitter1 Youtube1 Instagram1

Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Header BM

Soalan Lazim

Soalan Lazim A-Z Permanian Beradas

APA ITU PERMANIAN BERADAS?

Permanian beradas adalah satu cara boatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.

KENAPA PERMANIAN BERADAS?

Dengan membiakkan ternakan melalui permainan beradas boleh:

  • CEPAT dan PESAT membesar
  • LEBIH menghasilkan daging
  • LEBIH banyak mengeluarkan susu

1.melahirkan anak yang lebih baik dari induknya, iaitu yang
2. memperluaskan penggunaan benih lembu pejantan baka yang bermutu tinggi.
3. menjimatkan masa, tenaga dan wang penternak kerana tidak perlu memelihara lembu pejantan.
4. mencegah daripada jangkitan penyakit kelamin.

BILAKAH WAKTU YANG PALING SESUAI LEMBU DIPERMANIKAN?

• Ternak betina hanya boleh dipermanikan apabila ia menunjukkan tanda-tanda BIANG atau mahu mengawan.

APAKAH TANDA-TANDA BIANG YANG BOLEH DI LIHAT? APAKAH TANDA-TANDA BIANG YANG BOLEH DI LIHAT?

•Tanda utama lembu betina mahu mengawan ialah apabila ia RELA DlPANJAT OLEH LEMBU~LEMBU LAIN, lain-lain tanda adalah:

1.berkelakuan luar biasa dan resah menggelisah
2. sentiasa melenguh-lenguh
3. kemaluannya lembab, kemerahan, bengkak dan mengeluarkan lendir
4. kadangkala selera makan dan pengeluaran susunya berkurangan.

BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA BERAHI INI WUJUD?

•Jangka masa berahi ini wujud hanya selama 24 jam. Oleh itu, sebagai panduan kasar jika tanda dilihat pada sebelah pagi permanian dibuat di petang hari itu juga dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya.

BERAPA LAMAKAH KEADAAN BIANG ATAU JANGKAMASA BERAHI INI WUJUD?

• Jangkamasa berahi ini wujud selama 24 jam sahaja. Oleh itu sebagai panduan kasar, apabila tanda-tanda berahi dilihat di sebelah pagi, lembu hendaklah dipermanikan di sebelah petang hari itu juga. Jika tanda-tanda tersebut dikesan di sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi keesokkan harinya. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari.

APAKAH KEPERLUAN ASAS YANG PATUT DISEDIAKAN?

•Anda tidak perlu menyediakan banyak peralatan cuma sediakan tempat yang sesuai di mana ternakan boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Tetapi sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian.

BAGAIMANA MENENTUKAN BENIH LEMBU YANG SESUAI BAGI TUJUAN PERMANIAN?

JENIS LEMBU DIPELIHARA

PILIHAN BAKA UNTUK KACUKAN

LID Friesian
Kacukan 50% Friesian Kacukan Tenusu Tempatan (MAFRIWAL)
Australian Friesian Sahiwal (AFS)
Friesian Sahiwal AFS
MAFRIWAL

PADA UMUR BERAPAKAH LEMBU PATUT MULA DIBIAKKAN?

• Dengan penjagaan yang sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiakkan apabila berumur antara 15-18 bulan.

APAKAH PENGARUH MAKANAN TERHADAP PEMBIAKAN?

• Makanan memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan lembu-lembu membiak dengan sempurnanya. Berikan makanan baik dengan menyediakan secukupnya rumput yang subur dan makanan tambahan seperti dedak air garam serta bata garam. Anda dinasihatkan supaya menentukan makanan yang seimbang diberi setiap hari terutama bagi lembu lembu bunting berat dan juga yang mengeluarkan susu.

  • Hits: 7662

Contact Us

Department of Veterinary Services Penang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang

Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084370 | Faks : +604-5084366
Email : dvspenang[at]dvs [dot]gov[dot]my

Best viewed with Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome new version above with 1024 x 768 .
Please download Adobe Reader to view the PDF format
Copyright 2020 © Department  of Veterinary Service Penang

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Terms & Conditions | Portal MyGov | Open Data

 

Visitors Statistics

7835417
Today
Yesterday
This Week
This Month
Last Month
Overall
3121
9022
47435
307897
249804
7835417

Your IP: 210.187.66.194

QR Code

QR Code DVS