Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Tarikh Kemaskini
[ Khamis, 21 Mac 2024, 15:39:15 ]

FAQ|Hubungi|MaklumBalas|PetaLaman

Facebook1 Twitter1 Youtube1 Instagram1

Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Header BM


Soalan Lazim

Soalan Lazim A-Z Fidlot

A - Z Soal Jawab Mengenai Fidlot (Feedlot)

 

 1. APA ITU FIDLOT ?

Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sendasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.

2. APAKAH KEPERLUAN ASAS UNTUK MENTERNAK SECARA FIDLOT ?

Mentemak lembu secara fidlot boleh dipertimbangkan sekiranya sudah dikenalpasti dan ditentukan sumber makanan lembu yang bermutu dengan harga yang berpatutan, bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai dan tempat untuk pasaran. la tidak memerlukan kawasan tanah yang luas.

3. BAGAIMANA MENTERNAK SECARA FIDLOT

Satu cara ialah untuk anak lembu jantan yang muda beratnya kira-kira 150 -200 kg digemukkan di dalam kandang. Dalam masa tidak lebih 6 bulan, lembu itu akan mencapai berat antara 330 - 350 kg, dan boleh dijual untuk disembelih.

4. ADA BERAPA SISTEM MENTERNAK LEMBU FIDLOT ?

Ada dua sistem :

  • Sekali masuk sekali keluar ialah memelihara sekumpulan lembu sahaja sehingga tamat penggemukan. Selepas dijual habis barulah dimasukkan kumpulan baru.
  • Masuk keluar berterusan pula ialah memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat-peringkat berterusan mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan. Jumlah temakan akan tetap apabila semua peringkat kumpulan telah dipenuhi.

5.APAKAH BAKA LEMBU YANG SESUAI ?

Baka lembu tempatan :-


Kedah - Kelantan

6. KENAPA LEMBU IMPORT ?

Bekalan lembu tempatan yang sesuai untuk diternak secara fidlot adalah terhad. Satu cara untuk mendapatkan bekalan satu kumpulan lembu pengganti yang sama besar ialah melalui import.

7. TIDAKKAH LEMBU IMPORT ITU LIAR ?

Harap bersabar jika lembu yang baru ada kelihatan agak liar. Ini kerana ia belum sesuai dengan keadaan sekeliling yang baru. Kandang dan kemudahan yang kukuh serta pemberian makanan dan air yang cukup pasti menentukan kejayaan.

8. MAKANANNYA BAGAIMANA ?

Apa juga bahan makanan yang bermutu boleh digunakan, sama ada sebagai makanan tunggal atau campuran. Yang penting ialah makanan itu boleh memberi pertambahan berat sehari yang maksimum dengan harga yang paling murah.

Di Malaysia, ada banyak bahan-bahan sampingan pertanian yang boleh digunakan untuk makanan lembu. Contohnya ialah hampas isirong palma (PKC), enapcemar kelapa sawit (POME), dedak padi, kulit koko, hampas kelapa, ubi kayu, pati gula dan sebagainya.

Ada makanan boleh diberikan secara tunggal iaitu hampas isirong palma (PKC). Yang lain perlu dibuat rumusan untuk menambahkan mutunya. Jika harga PKC agak mahal, ia boleh dicampur dengan bahan-bahan lain supaya lebih murah.

9. APA ITU PKC ?

Hampas isirong Palma atau Palm Kernel Cake (PKC) ialah hasil sampingan apabila isirong kepala sawit diperah untuk mendapatkan minyaknya. Ia mengandungi kira-kira 16% protin kasar dan boleh diberikan kepala lembu secara makanan tunggal. Ia mudah didapati, mudah dikendalikan dan boleh disimpan lebih lama. Lagipun, lembu suka memakannya.

10.BERAPA BANYAK HIARUS DIBERI MAKAN ?

Biasanya dalam sehari seekor lembu memakan kira-kira 5 kg berat bahan kering. Lembu itu mesti boleh membesar pada kadar antara 600-800 gm sehari.

11. AIR BAGAIMANA PULA ?

Air yang bersih mestilah ada setiap masa. Jangan menggunakan air paip kerana ianya mahal. Cukup sekadar air telaga atau air sungai yang dipamkan. Membasuh kandang janganlah menggunakan air yang berlebihan.

12.SIAPAKAH BOLEH MENTERNAK LEMBU FIDLOT ?

Sesiapa juga beleh menternak lembu fidlot tetapi seorang penternak itu mestilah :

  • berminat
  • mempunyai kawasan tanah
  • mempunyai modal
  • boleh mengerjakannya
  • boleh menjual lembu setelah selesai penggemukan

13. BAGAIMANAKAH MEMILIH KAWASAN ?

Kawasan untuk fidlot mestilah :

  • Cukup ruangan untuk kandang iaitu 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi tiap-tiap seekor lembu.

  • Mempunyai jalan keluar masuk yang baik.

  • Mudah mendapatkan makanan temakan.

  • Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.

  • Mempunyai saliran yang baik supaya tidak mencemar alam sekitar.

  • Jauh dari rumah kediaman, supaya bau kandang tidak mengganggu orang ramai.

  • Hampir dengan tempat menjual lembu dan pasar menjual daging.


     

14. BAGAIMANA CARANYA MEMBINA KANDANG YANG BETUL ?

  • Kandang mestilah berlantai konkrit. Luas lantai untuk seekor lembu ialah 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi). Misalnya untuk 10 ekor lembu, kandang itu mestilah 10 meter Lebih kurang 30 kaki) panjang dan 3 meter (lebih kurang 10 kaki) lebar. Tingginya ialah di antara 2.5 - 3.0 meter (lebih kurang 8 - 10 kaki).

  • Tiang dan palang dinding hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya kayu yang mahal. Kayu lama atau kayu hutan yang baik boleh digunakan menjimatkan kos. Atap nipah atau zing boleh digunakan sebagai bumbung.

  • Lantai konkrit mestilah baik dan tahan supaya kuku lembu tidak cedera. Kecerunan mesti sesuai supaya air tidak bertakung dan ternakan berdiri dengan selesa.

  • Palung makanan boleh dibuat dari konktrit, papan atau tong minyak dibelah dua. Ruangan untuk makan ialah 0.5 meter (lebih kurang 1.5 kaki) seekor.

  • Palung air boleh dibuat dari konkrit, tong minyak dikerat dua atau tong plastik. Ruangan untuk minuman ialah 0.2 meter  lebih kurang 3/4 kaki tiap-tiap) seekor.

  • Kalau boleh di sekeliling kandang ada pokok-pokok teduhan, tetapi tidak menghalang pengudaraan kandang yang baik.

15. APA LAGI PERLU DIBINA?

  • Stor makanan hendaklah berlantai dan berbumbung supaya sentiasa kering. Ia mesti berhampiran dengan kandang supaya mudah mengangkut makanan. Awas, jika tidak disusun rapi, tikus akan bersarang.

  • Sebuah takungan Tinja (Najis) berukuran 0.03 meter padu (lebih kurang satu kaki padu) untuk seekor sehari perlu dibuat. Ia berguna untuk menampung pepejal tinja. Hanya air jernih saja yang keluar ke dalam longkang besar. Ini akan mengurangkan pencemaran air. Mendapan tinja boleh dikumpulkan untuk dijadikan baja tanaman.

  • Tempat Memunggah pula diperlukan supaya mudah ternakan turun ketika mula-mula sampai dan naik lori ketika dijual nanti. Pagarnya mestilah kuat supaya lembu tidak terlepas lari.

  • Pasung pula diperlukan untuk memeriksa dan membuat rawatan kepada ternakan atau untuk menimbang lembu.

Harus diingat, jangan berbelanja berlebihan untuk membuat kandang dan kemudahan-kemudahan tersebut. Yang perlu ianya dibuat dengan sempuma dan kukuh. Jika kandang terialu terlalu mahal, untung akan berkurangan. Jika palung makanan bocor, makanan akan terbuang dan membazir.

16. BERAPA ORANG BOLEH BEKERJA ?

Menternak lembu secara fidlot tidak memerlukan banyak tenaga. Bergantung kepada bentuk pengurusan, anda seorang boleh menjaga sehingga 200 ekor lembu tanpa masalah. Seorang lagi ahli keluarga boleh membantu apabila diperlukan.

17.APAKAH KERJA HARIAN DI KANDANG FIDLOT ?

Mudah saja ! Kerja-kerja berikut adalah mengikut susunan. Boleh diubahsuai di mana perlu. Biasanya ia dibuat di sebelah pagi :

  • Perhatikan dahulu ternakan secara keseluruhan jika ada temakan yang kelihatan sakit. Camkan kalau ada yang kurang sihat atau tidak mahu makan, tempang, berak cair, keluar liur, berbunyi ganjil atau terbaring.

  • Periksa palung makanan dan palung air, terhadkan sisa dedak dan anggarkan makanan yang perlu ditambah hari itu.

  • Basuh lantai kandang dan jika perlu ternakan itu sekali. Basuh palung air dan gantikan airnya. Awas, palung makanan jangan dibasuh. Jika basah dedak akan cepat berbau dan lembu tidak memakannya.

  • Palung makanan perlu disapu sahaja. Sisa dedak boleh ditolak ketepi. Setelah meletak dedak baru, sisa dedak tadi boleh ditabur di atasnya. Jika dibuang, ia membazir.

  • Jika sah terdapat lembu yang sakit, Pejabat Haiwan yang paling hampir perlu dipanggil untuk memeriksa lebih lanjut dan memberi rawatan.

    Dengan 10 - 50 ekor temakan masa yang perlu digunakan di kandang ialah antara 2 - 4 jam sehari. Masa yang masih terluang boleh digunakan untuk membuat kerja lain.
 

18.. ADA KERJA-KERJA LAIN YANG PERLU DI BUAT ?

  • Seminggu sekali gali dan kumpulkan mendapan tinja dari dalam takungan tinja. la boleh dijadikan baja untuk sayur-sayuran atau pokok buah-buahan.

  • Seminggu sekali stok makanan perlu ditambah supaya makanan atau dedak tidak terputus
  • Seminggu sekali persekitaran kandang perlu dibersihkan supaya kelihatan kemas dan bersih

19. BILAKAH MENIMBANG LEMBU ?

  • Menimbang sebulan atau dua bulan sekali, bagi memeriksa pertumbuhan dan penggemukan lembu. Mungkin ada yang telah terbantut.

  • Semasa tiba, lembu ditimbang supaya dapat diketahui berat asal setiap ekor lembu.

  • Ketika menjual juga perlu ditimbang kerana jualan mesti berasaskan timbangan berat hidup.

20.BILAKAH LEMBU SESUAI DIJUAL ?

Masa sudah tiba untuk lembu di jual jika :

  • Lembu sudah mencapai berat 330-350 kg. (Lembu boleh diperbesarkan lebih dari berat badan ini jika ada pasaran yang memerlukan).
  • Lembu sudah tidak bertambah berat walaupun memakan sama banyak dedak.
  • Lembu yangtercedera tau berbantut.
  • Walaupun berat tertinggi belum tercapai, tetapi telah ada pembeli yang menawarkan harga yang sangat baik.
  • Walaupun berat tertinggi belum tereapai, musim perayaan telah tiba.

21. BAGAIMANA MENJUAL TERNAKAN ?

Ada 4 cara :

  • Anda boleh menjual sendiri dengan bebas, untuk mendapatkan harga yang paling baik.
  • Dengan sistem lelong, beberapa orang pembeli dipanggil ke kandang untuk menawarkan harga. Sesiapa menawarkan harga paling mahal, dia berjaya membeli lembu tertentu.
  • Pejabat Haiwan boleh diminta untuk menyelaras urusan jual beli, Ini jika melibatkan Rancangan Jabatan Haiwan, atau Pinjaman Bank atau penjualan secara besar-besaran.
  • Melalui Pasar Tani, penternak mendapat kemudahan untuk menjual daging lembu hasil fidlot nya secara terus kepada pembeli.
     

22. PERLUKAH MENYIMPAN REKOD ?

Sudah tentu ! Perbelanjaan harian, timbangan ternakan dan segala aktiviti harian mestilah direkodkan. Rekod perbelanjaan adalah berguna untuk mengira untung rugi.

23. BERAPA MODALNYA DAN DIMANA BOLEH DAPAT ?

Dengan perkiraan kasar, seekor lembu setelah tamat digemukkan akan menelan belanja kira kira RM1,000 setelah mengambil kira semua kos tetap dan kos operasi. Sekiranya tiada modal sendiri, pinjaman bank boleh dipohon. Bank Pertanian dan beberapa bank perdagangan yang lain bersedia memberi pertimbangan permohonan pinjaman untuk penternakan fidlot.

24. BERAPA KEUNTUNGAN YANG SAYA DAPAT ?

Kadar pulangan adalah dianggarkan pada 15-25% dari modal. Ini bergantung kepada kos pengeluaran, pengurusan, dan harga jualan.

25. ADA APA-APA PETUA SUPAYA LEBIH UNTUNG ?

Bukan petua, tetapi .... PERINGATAN KHAS. Menternak fidlot adalah satu usaha bercorak komersial. Kecekapan menternak; perancangan yang baik dan penjimatan perbelanjaan perlu diberi perhatian supaya mempastikan keuntungan.

Segala pembaziran input melalui makanan, air. Bahan api dan pembinaan kandang hendaklah dielakkan. Jangan menghabiskan masa berlebihan di kandang, kerana ia boleh digunakan untuk membuat kerja yang lain.

26. SAYA INGIN MULA MENTERNAK LEMBU SECARA FIDLOT, APA HARUS SAYA BUAT ?

Anda boleh mendapatkan Latihan dan Khidmat Nasihat dengan berhubung kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang paling hampir atau Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri masing, 

  • Hits: 10734

Hubungi Kami

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang

Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084370 | Faks : +604-5084366
Email : dvspenang[at]dvs [dot]gov[dot]my

Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome  versi terkini dengan resolusi 1024 x 768.

Sila muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF
Hakcipta Terpelihara 2020 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Terma & Syarat | Portal MyGov | Data Terbuka

Statistik Pelawat

7833195
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
899
9022
45213
305675
249804
7833195
IP Anda: 210.187.66.194

Kod QR

QR Code DVS