GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS DVS PULAU PINANG
GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan
- Projek dijalankan di negeri Pulau Pinang dan telah memulakan projek sekurang – kurangnya 3 tahun
- Telah berdaftar sebagai penternak bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID premis
- Menjalankan penternakan sepenuh masa
- Mempunyai kerjasama yang baik dengan pihak Jabatan dan menerima khidmat nasihat daripada Jabatan
- Status tanah yang jelas - Mempunyai surat pemilikan tanah sendiri @ sewaan dengan perjanjian yang sah dan berbaki sekurang – kurangnya 5 tahun @ surat kebenaran sekiranya pemilikan tanah bersama
- Mempunyai lesen yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Mempunyai sekurang – kurangnya 25 hingga 50 ekor bagi ternakan lembu / kerbau atau 50 hingga 100 ekor bagi ternakan kambing / bebiri
- Mempunyai keluasan menternak yang mencukupi dan bersesuaian bagi binaan kandang baharu serta mempunyai sumber makanan
- Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau dan dibimbing oleh pihak Jabatan sepanjang tempoh 5 tahun dengan menandatangani perjanjian dengan pihak Jabatan
- Pemohon hanya layak dipertimbangkan bagi satu jenis komoditi sahaja samada geran pemadanan di bawah peruntukan Projek Perintis Ruminan Besar atau Projek Perintis Ruminan Kecil sekiranya pemohon menternak kedua – dua jenis komoditi ruminan tersebut
- Bagi peserta yang terpilih adalah layak untuk menerima Geran Pemadanan Projek Perintis (Baka Ternakan) pada tahun 2022 sekiranya peruntukan ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun hadapan
- Pemohon yang berjaya perlu menyediakan bayaran 10% daripada jumlah keseluruhan perolehan sebelum Projek Perintis dilaksanakan oleh pihak pembekal yang dilantik oleh pihak Jabatan
- Sekiranya pemohon menarik diri selepas menjelaskan bayaran 10% atas sebab – sebab tertentu, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon berkenaan
<<<<< MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>>>
<<<< Jenis Geran Pemadanan di Bawah Projek Perintis Yang Ditawarkan >>>>
Kepada Penternak Negeri Pulau Pinang Yang Berkelayakan Sila Hubungi Dr Norameza Ahmad Zabidi Di Talian 04-5084368/69/70 Sambungan 105 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2021
- Hits: 16689