BMHeader

PILIHAN BAHASA  | BAHASA KETIGA 


 

faq p hubungi p maklumbalas p peta p
Soalan Lazim   Hubungi Kami      Aduan &
Maklumbalas 
Peta Laman

Pengumuman

Operasi Perkhidmatan DVS Pulau Pinang Semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0
Hari Operasi : Isnin hingga Jumaat
Masa Operasi : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Keterangan lanjut 

PERHATIAN : 

Dimaklumkan bahawa email rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang yang baru adalah Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Harap maklum 

PERHATIAN !!!!
Rabies atau Penyakit Anjing Gila
Sila ambil tindakan segera dengan melaporkan ke DVS terdekat
baca lagi

Selamat Datang Ke Portal Rasmi
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
Terima Kasih Diatas Kunjungan Anda

GERAN PEMADANAN PROJEK TRANSFORMASI
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN  GERAN PEMADANAN PROJEK TRANSFORMASI

a) Warganegara Malaysia dan menjalankan projek di dalam negeri Pulau Pinang

b) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

c) Telah berdaftar sebagai usahawan bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

d) Telah memulakan projek sekurang-kurangnya 3 tahun

e) Berumur 50 tahun ke bawah pada tarikh permohonan

f) Premis pemilikan sendiri atau sewaan dengan perjanjian sekurang-kurangnya berbaki 5 tahun

g) Telah menunjukkan prestasi yang baik sekurang-kurangnya satu tahun berdasarkan nilai jualan tahunan. Perlu menyediakan bukti dokumen (penyata kewangan syarikat) kepada pihak Jabatan bagi tujuan penilaian

h) Usahawan mestilah sekurang-kurangnya berada di tahap 3 dengan nilai jualan tahunan RM100,000.00 ke atas

i) Memiliki lokasi pemasaran produk yang tetap

j) Mempunyai kerjasama yang baik dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

k) Pemohon yang berjaya perlu menyediakan bayaran 20% daripada jumlah perolehan dengan nilaian maksimum bayaran RM10,000.00. Sekiranya pemohon menarik diri selepas menjelaskan bayaran 20% atas sebab – sebab tertentu, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon berkenaan

l) Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh pihak Jabatan dalam tempoh 5 tahun

 

<<<< MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> 

 <<<< Jenis Geran Pemadanan di Bawah Projek Transformasi Yang Ditawarkan >>>>

Kepada Penternak Negeri Pulau Pinang Yang Berkelayakan Sila Hubungi Dr Norameza Ahmad Zabidi Di Talian 04-5084368/69/70 Sambungan 105 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2021