Diwujudkan bagi memastikan Negeri Pulau Pinang sentiasa berada dalam status miskin tegar sifar
PELAKSANAAN
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah RM 300 bagi ketua isi rumah (KIR) yang tiada tanggungan, RM500 bagi setiap keluarga dan RM100 per kapita
- Bantuan kewangan yang diberikan adalah untuk memastikan keluarga miskin tegar yang layak tanpa mengira latar belakang beroleh pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM500. Sebagai contoh, sebuah keluarga A yang berpendapatan RM300 sebulan akan diberi bantuan kewangan RM200 sebulan daripada Kerajaan Negeri supaya pendapatan keluarga tersebut sekurang-kurangnya RM500 sebulan
- Pelaksanaan program melibatkan semua Jabatan dan Agensi Negeri secara bersepadu
- Perakuan dan pemantauan dibuat melalui Jawatankuasa yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri di peringkat negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah peringkat daerah
PENCAPAIAN (SEPT 2010)
- Jumlah keluarga yang menerima bantuan kewangan bulanan sehingga September 2010 : 755 keluarga
- Hits: 44185