Kempen ini dilancarkan pada 6 Julai 2009 dengan objektif utamanya adalah untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau dan meningkatkan kesedaran rakyat Pulau Pinang mengenai kepentingan menjaga alam sekitar
PELAKSANAAN
- Hari Tanpa Beg Plastik pada asalnya dilaksanakan pada hari Isnin tetapi berdasarkan kepada maklumbalas positif yang diterima ianya telah ditambah ke tiga hari iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula 1 Januari 2010
- Pelanggan yang memerlukan beg plastic akan dikenakan caj RM0.20 yang disalurkan ke tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK)
- Penyertaan dalam program ini adalah diwajibkan kepada semua pasaraya besar, pasaraya dan pasaraya mini memandangkan ianya telah dijadikan sebagai satu syarat wajib dalam pembaharuan lesen perniagaan
- Peruncit kecil turut diwajibkan tetapi hanya terhad kepada hari Isnin sahaja
PENCAPAIAN (OGOS 2010)
Purata bulanan menunjukkan lebih daripada 20,000 beg plastik telah dikurangkan bagi setiap pasaraya besar dan pasaraya sejak ianya dilancarkan
- Hits: 46416