BMHeader

PILIHAN BAHASA  | BAHASA KETIGA 


   | 

faq p hubungi p maklumbalas p peta p
Soalan Lazim   Hubungi Kami      Aduan &
Maklumbalas
 
Peta Laman

Diwujudkan bagi memastikan Negeri Pulau Pinang sentiasa berada dalam status miskin tegar sifar

PELAKSANAAN

  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah RM 300 bagi ketua isi rumah (KIR) yang tiada tanggungan, RM500 bagi setiap keluarga dan RM100 per kapita
  • Bantuan kewangan yang diberikan adalah untuk memastikan keluarga miskin tegar yang layak tanpa mengira latar belakang beroleh pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM500. Sebagai contoh, sebuah keluarga A yang berpendapatan RM300 sebulan akan diberi bantuan kewangan RM200 sebulan daripada Kerajaan Negeri supaya pendapatan keluarga tersebut sekurang-kurangnya RM500 sebulan
  • Pelaksanaan program melibatkan semua Jabatan dan Agensi Negeri secara bersepadu
  • Perakuan dan pemantauan dibuat melalui Jawatankuasa yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri di peringkat negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah peringkat daerah

PENCAPAIAN (SEPT 2010)

  • Jumlah keluarga yang menerima bantuan kewangan bulanan sehingga September 2010 : 755 keluarga

Diwujudkan bagi memastikan lebih ramai golongan wanita diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat keputusan dan dasar

PELAKSANAAN

  • Penubuhan NGO Persatuan Tadbir Urus Baik & Kesaksamaan Gender (3Gs) sebagai kumpulan pemikir kepada Jawatankuasa MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti yang terdiri daripada ahli politik, ahli akademik dan NGO berdaftar
  • Merangka dan melaksanakan program jangka masa pendek dan panjang ke arah kesaksamaan gender. Contoh program ialah Bengkel Kesaksamaan Gender

PENCAPAIAN

  • Enam bengkel kerja bertajuk 'Pengenalan kepada Kesaksamaan Gender' atau 'Introducing Gender Equality'  telah dianjurkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin
  • Penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa bertajuk 'Gender Mainstreaming- Justice For All'  pada 31 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010 di Paradise Beach Hotel yang disertai oleh lebih 200 orang peserta dari dalam dan luar negeri serta turut melibatkan penceramah dari United Nation.

Kempen ini dilancarkan pada 6 Julai 2009 dengan objektif utamanya adalah untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau dan meningkatkan kesedaran rakyat Pulau Pinang mengenai kepentingan menjaga alam sekitar

PELAKSANAAN

  • Hari Tanpa Beg Plastik pada asalnya dilaksanakan pada hari Isnin tetapi berdasarkan kepada maklumbalas positif yang diterima ianya telah ditambah ke tiga hari iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula 1 Januari 2010
  • Pelanggan yang memerlukan beg plastic akan dikenakan caj RM0.20 yang disalurkan ke tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK)
  • Penyertaan dalam program ini adalah diwajibkan kepada semua pasaraya besar, pasaraya dan pasaraya mini memandangkan ianya telah dijadikan sebagai satu syarat wajib dalam pembaharuan lesen perniagaan
  • Peruncit kecil turut diwajibkan tetapi hanya terhad kepada hari Isnin sahaja

PENCAPAIAN (OGOS 2010)

Purata bulanan menunjukkan lebih daripada 20,000 beg plastik telah dikurangkan bagi setiap pasaraya besar dan pasaraya sejak ianya dilancarkan

Inisiatif untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan kejuruteraan dan sains serta menggalakkan generasi muda untuk meminati bidang sains dan teknologi

PELAKSANAAN

  • Dipandu sepenuhnya oleh pihak industri berdasarkan kepada 5 teras yang telah digariskan
  • Ahli Majlis Sains Negeri Pulau Pinang termasuk syarikat multinasional dan ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Tunku Abdul Rahman and Inti International University

5 TERAS MAJLIS SAINS NEGERI PULAU PINANG  

  •  Pendidikan dan pembelajaran yang mapan untuk menghidupkan kembali minat dan kecenderungan generasi muda dan pelajar terhadap sains dan teknologi melalui bual bicara dengan usahawan yang telah menempa nama, pertandingan, kuiz dan pameran di Pulau Pinang. Diketuai oleh MOTOROLA MALAYSIA
  • Melatih usahawan saintifik muda melalui bimbingan, peluang dan sokongan kewangan untuk mengkomersialkan idea dan ciptaan mereka. Diketuai oleh MINI CIRCUIT TECHNOLOGIES MALAYSIA
  • Pengasuhan melalui pengwujudan Pusat Sains Teknologi untuk mempamerkan kejayaan Negeri Pulau Pinang dalam bidang penciptaan dan inovasi selama 35 tahun tempoh perindustrian bertujuan menggalakkan penciptaan dan inovasi baru. Diketuai oleh  MALAYSIAN AMERICAN ELECTRONIC INDUSTRY
  • Inovasi dan penyelidikan untuk meneruskan kesinambungan kelebihan daya saing sumber manusia di Pulau Pinang; Keupayaan Pulau Pinang sebagai sebuat pusat penyumberan luar, rantaian bekalan yang baik dan kemudahan penyelidikan dan inovasi termasuk pembiayaan untuk menggalakkan idea kreatif dan penciptaan baru. Diketuai oleh INTEL
  • Sains hayat dan kesihatan perubatan bertujuan memupuk generasi muda untuk meminati bidang sains hayat dan menggalakkan sifat ingin tahu terhadap industri teknologi tinggi yang berpotensi di Pulau Pinang. Diketuai oleh BBRAUN

PENCAPAIAN

  • Laman sesawang rasmi telah diwujudkan di alamat www.psc.org.my
  • Di bawah Teras Pendidikan dan Pembelajaran yang mapan, terdapat beberapa program yang telah dijalankan iaitu :

- Pada 10 Apr 2010 - Pertandingan 'Mini National Research & Innovation Competition' (NRIC) bertemakan Sains dan Metematik yang disertai lebih daripada 60 buah sekolah. 
- Pada 26-29 Mei 2010 - Pertandingan 'Mini National Research & Innovation Competition' (NRIC) bertemakan Sains Inovasi yang disertai oleh 20 pelajar tempatan dan 5 pelajar antarabangsa USM

Diwujudkan bagi menyediakan kediaman yang lebih selamat dan selesa kepada golongan miskin dan miskin tegar

PELAKSANAAN

  • Siasatan dan perakuan dibuat di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah dan diangkat kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan
  • Kumpulan sasar adalah golongan kerterbawahan dan keluarga miskin tegar

Bentuk bantuan adalah RM11,000 (maksima) bagi pembaikan dan RM30,000 (maksima) bagi pembinaan rumah baru

PENCAPAIAN (SEPT 2010)

  • Jumlah rumah yang telah dibaiki bagi tahun 2010 (sehingga September): 99 buah