Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Tarikh Kemaskini
[ Khamis, 21 Mac 2024, 15:39:15 ]

FAQ|Hubungi|MaklumBalas|PetaLaman

Facebook1 Twitter1 Youtube1 Instagram1

Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Header BM

ENAKMEN PERLADANGAN UNGGAS ( PULAU PINANG ) 2020 TELAH DIKUATKUASAKAN

PEMAKLUMAN

ADALAH DIMAKLUMKAN ENAKMEN PERLADANGAN UNGGAS ( PULAU PINANG ) 2020 TELAH DIKUATKUASAKAN PADA 1 JANUARI 2021 DAN PERATURAN-PERATURAN PENGAWALAN PERLADANGAN UNGGAS 2020 TELAH DIWARTAKAN PADA 7 JULAI 2022.

 PENTERNAK UNGGAS YANG BEROPERASI DI NEGERI PULAU PINANG PERLU MEMPUNYAI LESEN PENTERNAKAN UNGGAS PADA TAHUN 2024.

PEMOHON BOLEH MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN LESEN PENTERNAKAN UNGGAS DI LAMAN WEB JABATAN DI PAUTAN BERIKUT

BORANG PERMOHONAN

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI PEJABAT DI TALIAN :

                        IBU PEJABAT : 04-5084368 / 369 / 370

  PPVDSPU   : 04-5732616

PPVDSPT : 04-5394104

PPVDSPS : 04-5824366

PPVDBD : 04-8668231

PPVDTL : 04-2285734

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI PERLU DIHANTAR KE BAHAGIAN REGULATORI IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

  • Hits: 16386

GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS DVS PULAU PINANG

GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS

  1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan
  2. Projek dijalankan di negeri Pulau Pinang dan telah memulakan projek sekurang – kurangnya 3 tahun
  3. Telah berdaftar sebagai penternak bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID premis
  4. Menjalankan penternakan sepenuh masa
  5. Mempunyai kerjasama yang baik dengan pihak Jabatan dan menerima khidmat nasihat daripada Jabatan
  6. Status tanah yang jelas - Mempunyai surat pemilikan tanah sendiri @ sewaan dengan perjanjian yang sah dan berbaki sekurang – kurangnya 5 tahun @ surat kebenaran sekiranya pemilikan tanah bersama
  7. Mempunyai lesen yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  8. Mempunyai sekurang – kurangnya 25 hingga 50 ekor bagi ternakan lembu / kerbau atau 50 hingga 100 ekor bagi ternakan kambing / bebiri
  9. Mempunyai keluasan menternak yang mencukupi dan bersesuaian bagi binaan kandang baharu serta mempunyai sumber makanan
  10. Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau dan dibimbing oleh pihak Jabatan sepanjang tempoh 5 tahun dengan menandatangani perjanjian dengan pihak Jabatan
  11. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bagi satu jenis komoditi sahaja samada geran pemadanan di bawah peruntukan Projek Perintis Ruminan Besar atau Projek Perintis Ruminan Kecil sekiranya pemohon menternak kedua – dua jenis komoditi ruminan tersebut
  12. Bagi peserta yang terpilih adalah layak untuk menerima Geran Pemadanan Projek Perintis (Baka Ternakan) pada tahun 2022 sekiranya peruntukan ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun hadapan
  13. Pemohon yang berjaya perlu menyediakan bayaran 10% daripada jumlah keseluruhan perolehan sebelum Projek Perintis dilaksanakan oleh pihak pembekal yang dilantik oleh pihak Jabatan
  14. Sekiranya pemohon menarik diri selepas menjelaskan bayaran 10% atas sebab – sebab tertentu, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon berkenaan

<<<<< MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>>>

<<<< Jenis Geran Pemadanan di Bawah Projek Perintis Yang Ditawarkan >>>>

Kepada Penternak Negeri Pulau Pinang Yang Berkelayakan Sila Hubungi Dr Norameza Ahmad Zabidi Di Talian 04-5084368/69/70 Sambungan 105 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2021

  • Hits: 15717

GANGGUAN KEROSAKAN TELEFON PPVD SPU & TIMUR LAUT

GANGGUAN KEROSAKAN TELEFON PPVD SPU & TIMUR LAUT :
Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah SPU dan Timur Laut sedang mengalami gangguan kerosakan. Sehubungan dengan itu, jabatan ini sedang berusaha untuk membaik pulih masalah berkenaan dengan kadar segera
 
Sebarang urusan kerja buat sementara waktu boleh berhubung melalui talian berikut :
PPVD SPU : 012-478 4592 ( En Hamizan Sarip)
PPVD Timur Laut : 016-6788582 (En Mustaqim Abd Kadir)
 
Pihak jabatan memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan amat dikesali.
 
  • Hits: 9865

GERAN PEMADANAN PROJEK TRANSFORMASI DVS PULAU PINANG

GERAN PEMADANAN PROJEK TRANSFORMASI
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN  GERAN PEMADANAN PROJEK TRANSFORMASI

a) Warganegara Malaysia dan menjalankan projek di dalam negeri Pulau Pinang

b) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

c) Telah berdaftar sebagai usahawan bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

d) Telah memulakan projek sekurang-kurangnya 3 tahun

e) Berumur 50 tahun ke bawah pada tarikh permohonan

f) Premis pemilikan sendiri atau sewaan dengan perjanjian sekurang-kurangnya berbaki 5 tahun

g) Telah menunjukkan prestasi yang baik sekurang-kurangnya satu tahun berdasarkan nilai jualan tahunan. Perlu menyediakan bukti dokumen (penyata kewangan syarikat) kepada pihak Jabatan bagi tujuan penilaian

h) Usahawan mestilah sekurang-kurangnya berada di tahap 3 dengan nilai jualan tahunan RM100,000.00 ke atas

i) Memiliki lokasi pemasaran produk yang tetap

j) Mempunyai kerjasama yang baik dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

k) Pemohon yang berjaya perlu menyediakan bayaran 20% daripada jumlah perolehan dengan nilaian maksimum bayaran RM10,000.00. Sekiranya pemohon menarik diri selepas menjelaskan bayaran 20% atas sebab – sebab tertentu, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon berkenaan

l) Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh pihak Jabatan dalam tempoh 5 tahun

 

<<<< MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> 

 <<<< Jenis Geran Pemadanan di Bawah Projek Transformasi Yang Ditawarkan >>>>

Kepada Penternak Negeri Pulau Pinang Yang Berkelayakan Sila Hubungi Dr Norameza Ahmad Zabidi Di Talian 04-5084368/69/70 Sambungan 105 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2021

  • Hits: 13791

Hubungi Kami

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang

Tel : +604-5084368 , +604-5084369, +604-5084370 | Faks : +604-5084366
Email : dvspenang[at]dvs [dot]gov[dot]my

Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome  versi terkini dengan resolusi 1024 x 768.

Sila muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF
Hakcipta Terpelihara 2020 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Terma & Syarat | Portal MyGov | Data Terbuka

Statistik Pelawat

7835286
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
2990
9022
47304
307766
249804
7835286
IP Anda: 210.187.66.194

Kod QR

QR Code DVS