BMHeader

PILIHAN BAHASA  | BAHASA KETIGA 


   | 

faq p hubungi p maklumbalas p peta p
Soalan Lazim   Hubungi Kami      Aduan &
Maklumbalas
 
Peta Laman

warga penguatkuasa

SEJARAH PENUBUHAN PENGUATKUASAAN VETERINAR PULAU PINANG

Cawangan Penguatkuasaan Pulau Pinang mula ditubuhkan pada 5 Ogos 1991

Bilangan kakitangan pada masa itu adalah seramai 2 orang sahaja dan mereka merupakan pengasas Cawangan Penguatkuasa Pulau Pinang iaitu Loganathan a/l Armom & Rosli Che Wil

Berpejabat di tingkat atas JPV PP beralamat Jalan Gurdwara, Pulau Pinang

En. Ismail bin Harun berpindah dari Unit Penguatkuasa Taiping dan menjadi Ketua Cawangan Penguatkuasaan Pulau Pinang pada 1 Mac 1992.

Berpindah ke pejabat di kuarters kakitangan yang diubahsuai di belakang pejabat JPV PP yang  beralamat Jalan Gurdwara, Pulau Pinang pada 1 Januari 1993

Berpindah ke pejabat JPV Pulau Pinang yang baru di Jalan Bukit Tengah Pulau Pinang pada 1 April 1999

Bilangan kakitangan semasa adalah seramai 9 orang manakala perjawatan yang diluluskan adalah seramai 12 orang


 

PENCAPAIAN  PENGUATKUASAAN VETERINAR PULAU PINANG (2010 – 2014)

TAHUN ANUGERAH PENGANJUR ANUGERAH
2010 Memperolehi Sijil Bersih Akauntan Negera  Akauntan Negara
2010 Johan Anugerah 1 Penguatkuasa Penguatkuasa Putrajaya
2010 Johan Bola Tampar KESUVEP
2010 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang -  En. Abd Zamri b. Abd Khani JPV Malaysia
2010 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - En. Mohd Shaherman b. Shafie JPV  Malaysia
2011 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Pn. Meriyani bt. Che Pin JPV Malaysia
2011 Johan Karom Sukan jabatan - Tuan Azaki b. Tuan Muda JPV  Pulau Pinang
2011 Johan Sepaktakraw Sukan Jabatan - En. Mohd Shaherman b. Shafie JPV Malaysia
2011 Johan Badminton Sukan Jabatan - En. A. Loganathan KESUVEP
2012 Naib Johan Gerai Tercantik Jamuan Hari Raya Aidifitri JPV Pulau Pinang
2012 Johan Pertandingan Karaoke - En. Mohd Hairudin bin Daud JPV Pulau Pinang
2012 Naib Johan Pertandingan Karaoke – En. Mohammad Firdaus bin Mat Ludin JPV Pulau Pinang
2012 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - En. Ahmad Sharif bin Darus JPV Malaysia
2013 Tempat Ketiga  & Keempat Dart Jemputan - En. Ahmadi & En. Hairudin Inst. Latihan Perindustrian, Perai
2013 Johan Gerai Tercantik Jamuan Hari Raya Aidifitri JPV Pulau Pinang
2013 Johan KIK kategori pengurusan peringkat JPV - En. A. Loganathan JPV Malaysia
2013 Johan KIK kategori pengurusan peringkat Negeri Pulau Pinang - En. A. Loganathan SUK Pulau Pinang
2013 Naib Johan KIK kategori pengurusan peringkat Kebangsaan - En. A. Loganathan JPA
2014 Johan Anugerah 1 Penguatkuasa Penguatkuasa Putrajaya
2014 Memperolehi Sijil Bersih Akauntan Negera  Akauntan Negara

 

PERANAN PENGUATKUASAAN VETERINAR PULAU PINANG

v    Kawalan penyakit haiwan dan zoonotik

v   Pengeluaran ternakan, hasilan ternakan dan makanan ternakan

v   Pembangunan industri haiwan

v   Kebajikan dan kesejahteraan manusia serta  haiwan

v   Kesejahteraan dan keharmonian persekitaran


 

UNDANG – UNDANG YANG DIKUATKUASAKAN

Undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri Pulau Pinang:

AKTA Binatang 1953

Warta Kerajaan Negeri [Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut)]

Akta Makanan Haiwan 2009

Akta Doktor Veterinar 1974

*   Segala kuasa berkaitan penyembelihan ternakan, pelesenan ladang dan kawalan pencemaran adalah dibawah bidang kuasa PBT (MPPP & MPSP)

DVS P. Pinang belum mempunyai apa-apa Enakmen Negeri bagi mengawal aktiviti perladangan ungags dan babi

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Merancang dan melaksanakan program Pembangunan Industri Ternakan dan Industri Asas Ternak;
  2. Merancang dan melaksanakan program Pembangunan & Pengurusan Ladang;
  3. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Dasar, Polisi & Strategi Pembangunan Industri Ternakan dan Industri Asas Ternak;
  4. Menyediakan perkhidmatan perundingan kepada pelabur serta bimbingan Pembangunan Usahawan Ternakan Industri Asas Ternak; dan
  5. Merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Sumber Manusia ( Latihan Teknikal dan Ikhtisas) untuk kakitangan dan Usahawan Ternak & Industri Asas Ternak ke arah peningkatan kompetensi & produktiviti.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Perkhidmatan dan Perjawatan

Menguruskan semua urusan personal dari pelantikan hingga persaraan

Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan Perjawatan

Menguruskan hal ehwal urusan tatatertib.

2. KEWANGAN DAN AKAUN

Memberi khidmat nasihat dari segi peraturan kewangan kepada semua bahagian.

Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengesan semua peruntukan belanjawan mengurus.

Mengendalikan semua urusan Perkhidmatan Kewangan seperti pembayaran gaji, urusan stor dan lain-lain.

3. PENTADBIRAN

Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pentadbiran Am termasuk sistem fail dan pemeriksaan kesihatan

Bertanggungjawab memastikan keceriaan dan keselamatan pejabat

Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan agensi-agensi lain berkaitan urusan keselamatan dan pentadbiran am

Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pentadbiran

Bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan kakitangan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

  • Menggubal dan menyelaras pengubahsuaian undang-undang peraturan & perolehan yang berkaitan dengan perkhidmatan veterinar serta kebajikan haiwan;
  • Merancang dan melaksanakan Perlesenan Ladang-ladang ternakan;
  • Menyediakan Perkhidmatan Perundingan Ternakan/ Penternakan yang baik ( GMP ) bagi ladang ternakan dan Amalan Pemprosesan yang bagi (GMP) bagi loji pemprosesan produk haiwan ternakan
  • Merancang dan melaksanakan program pemeriksaan dan pengauditan untuk persijilan ladang ternakan ‘’Skim Amanah Ladang Ternakan’’(SALT) dan loji pemprosesan produk hasilan ternakan untuk Skim Veterinary Health Mark (VHM); dan
  • Mengurangkan pencemaran alam dengan memastikan semua ladang ternakan ruminan, babi dan ayam menepati piawaian kawalan pencemaran yang ditetapkan.

UNIT KAWALAN PENCEMARAN

  • Memantau & Menyiasat Aduan Berkaitan Pencemaran Dari Penternakan
  • Menjalankan Program-Program Kawalan Pencemaran Di Tempat Aduan  & Hot Spot
  • Program Kawalan Pencemaran Lalat 
  • Program Kawalan Pencemaran Bau Kolam Kimbahan Khinzir
  • Program Pemplotan Densiti Lalat
  • Khidmat Nasihat Kepada Penternak Dan Usahawan Berkaitan Kawalan Pencemaran
  • Sumber Rujukan Kepada Orang Awam Dan Agensi Untuk Mempelajari Proses Pembuatan UM, UMAS Dan Lain-Lain
  • Pusat Pemprosesan Um Dan Produk Berasaskan Um – Umas, Bokashi, Mudball
  • R&D Produk Baru Untuk Kawalan Pencemaran
  • Kajian Penggunaan Produk-Produk Baru Kawalan Pencemaran

 

SENARAI PEGAWAI BAHAGIAN REGULATORI

Peranan dan Tanggungjawab Bhg. Kesihatan Veterinar

1.Memastikan ternakan di P. Pinang bebas dari sebarang penyakit (mengawal, mencegah dan membasmi Penyakit)

2.Pelaksanaan aktiviti sevelan dan persampelan penyakit ternakan (pengesanan awal penyakit)

3.Pelaksanaan kes-kes rawatan (klinik dan lapangan)

4.Pengawalan pemindahan ternakan melalui peraturan import/eksport

5.Pengekalan zon bebas penyakit

6.Pelaksanaan Program Pembangunan Kesihatan Veterinar DVS Penang