PILIHAN BAHASA | BAHASA KETIGA
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas |
Peta Laman |
MAKLUMAT DAERAH
Pada tahun 1965, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut diwujudkan. Ianya diasingkan dan ditempatkan di bangunan sekarang yang mana pada asalnya merupakan bangunan kandang lembu. Dalam era pembangunan industri pengeluaran, hasil pengeluaran ternakan ayam dan khinzir telah menunjukan output yang optima untuk di eksport. Penekanan perkhidmatan ternakan diperluaskan lagi melalui pelbagai program seperti pengenalan Rancangan Buku Hijau, Amalan Makanan dan Makanan ( AMP ) dan projek pawah.
Pada era 1980'an penternak telah beredar kepada industri ternakan secara komersial dimana penternak sudah mula diberi peluang mengikuti kursus yang berkaitan dengan penternakan haiwan. pada era 1990'an industri penternakan dalam Pulau Pinang sudah mula disaingi oleh sektor pembuatan/perkilangan, perumahan dan ini menyebabkan sebahagian daripada penternak terpaksa menutup ladang atau berpindah ke tempat lain dan sehingga kini Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut Pulau Pinang memberi tumpuan kepada rawatan, suntikan pepalilan anjing, kucing dan ayam, penginapan anjing dan kucing. Selain daripada itu, program kawalan penyakit haiwan juga turut diberikan kepada penternak yang masih lagi berada di daerah ini seperti program kawalan penyakit kebangsaan yang diadakan pada setiap tahun serta program kempen kesedaran penyakit berjangkit.
OBJEKTIF
Bagi melaksanakan dengan berkualiti, cekap dan berkesan program bahagian pembangunan ternakan di daerah melalui aktiviti-aktiviti pentadbiran, industri veterinar dan kesihatan veterinar yang dilaksanakan di bawah peruntukan kewangan tahunan jabatan perkhidmatan veterinar di seluruh negeri Pulau Pinang.
FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH
Sejarah awal Perkhidmatan Veterinar di Barat Daya, Balik Pulau telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan menumpang di bangunan Pejabat Daerah. Memandangkan keperluan kepada sebuah yang lengkap bagi daerah berknan, ia telah dinaikkan taraf menjadi Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Barat daya. Pejabat Perkhidmatan Haiwan ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Dato’ Wong Pau Nee pada 30hb Julai 1968
FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH
Sejarah awal Perkhidmatan Veterinar di Seberang Perai Tengah telah ditubuhkan pada tahun 1918 di Jalan Aston bersebelahan dengan padang permainan Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Pembinaan asal pejabat ini mempunyai dua bilik yang dianggarkan untuk 1 Inspektor Haiwan dan 3 - 4 orang anggota sahaja.
Bagaimanapun, sejak 1979 terdapat 18 anggota dan keadaan telah menjadi terlalu sesak. Pada ketika itu cadangan telah dikemukakan agar sebuah pejabat baru dibina berhampiran Pusat Pertanian Cherok Tok Kun di dalam kawasan Pusat Pembiakan Khinzir,Bukit Mertajam. Bangunan baru telah disiapkan dengan peruntukan $140.00 dan mula digunakan semenjak tahun 1984.
FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH
Sejarah awal Perkhidmatan Veterinar di Seberang Perai Selatan adalah melalui perkhidmatan Pegawai Kawasan tanpa pejabat oleh En Baskaran Nair dan John Abel pada era 1950an yang berpusat di Seberang Perai Tengah.Bagaimanapun, sejak 1965 perkhidmatan menjadi lebih sempurna apabila operasi dijalankan di pejabat yang asalnya sekolah Melayu Sungai Bakap berikutan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.
Pejabat baru sekarang dibuka dan beroperasi pada era 1970an . Pejabat ini berhadapan dengan Balai Polis Jawi.Menjelang 1983, rancangan tenusu juga telah dimulakan di Pulau Pinang dengan penubuhan sebuah Pusat Pengumpulan Susu yang pertama di Sungai Bakap
FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, Seberang Perai Utara telah disiapkan pada tahun 1989 dengan diperuntukan hampir 2 juta ringgit dan mula beroperasi pada tahun 1990. Pejabat ini telah dirasmikan pada 6hb Ogos 1990 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu Y.A.B Tun Abdul Ghafar bin Baba.
Pejabat ini terletak didalam kawasan seluas lebih kuarang 5.014 hektar @ 12.390 ekar diatas lot 3437 Mukim 12, Daerah Seberang Perai Utara.Berhampiran dengan Sek. Men. Agama Al-Irshad Pokok Sena dan Sek. Keb. Pokok Sena dimana lebih kurang 500 meter dari persimpanagan Jalan Pokok Sena-Kepala Batas.
FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH