Kami berazam untuk menghayati moto jabatan "Tugas kami berbakti kepada anda", dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami, dengan
Sentiasa membantu dan melayani dengan penuh mesra serta bertanggungjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang diajukan oleh pelanggan-pelanggan secepat mungkin
Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 14 hari
Memberi data dan maklumat industri ternakan serta perundangan yang berkaitan setepat mungkin dalam hari yang sama dipohon bagi maklumat sediaada dan 7 hari bagi maklumat yang baru
Melayan dan menjawab semua aduan dan pertanyaan rasmi dalam tempoh tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh terima aduan tersebut
Memastikan pelaksanaan piagam pelanggan disemua peringkat Jabatan