GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN GERAN PEMADANAN PROJEK PERINTIS

  1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan
  2. Projek dijalankan di negeri Pulau Pinang dan telah memulakan projek sekurang – kurangnya 3 tahun
  3. Telah berdaftar sebagai penternak bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID premis
  4. Menjalankan penternakan sepenuh masa
  5. Mempunyai kerjasama yang baik dengan pihak Jabatan dan menerima khidmat nasihat daripada Jabatan
  6. Status tanah yang jelas - Mempunyai surat pemilikan tanah sendiri @ sewaan dengan perjanjian yang sah dan berbaki sekurang – kurangnya 5 tahun @ surat kebenaran sekiranya pemilikan tanah bersama
  7. Mempunyai lesen yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  8. Mempunyai sekurang – kurangnya 25 hingga 50 ekor bagi ternakan lembu / kerbau atau 50 hingga 100 ekor bagi ternakan kambing / bebiri
  9. Mempunyai keluasan menternak yang mencukupi dan bersesuaian bagi binaan kandang baharu serta mempunyai sumber makanan
  10. Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau dan dibimbing oleh pihak Jabatan sepanjang tempoh 5 tahun dengan menandatangani perjanjian dengan pihak Jabatan
  11. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bagi satu jenis komoditi sahaja samada geran pemadanan di bawah peruntukan Projek Perintis Ruminan Besar atau Projek Perintis Ruminan Kecil sekiranya pemohon menternak kedua – dua jenis komoditi ruminan tersebut
  12. Bagi peserta yang terpilih adalah layak untuk menerima Geran Pemadanan Projek Perintis (Baka Ternakan) pada tahun 2022 sekiranya peruntukan ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun hadapan
  13. Pemohon yang berjaya perlu menyediakan bayaran 10% daripada jumlah keseluruhan perolehan sebelum Projek Perintis dilaksanakan oleh pihak pembekal yang dilantik oleh pihak Jabatan
  14. Sekiranya pemohon menarik diri selepas menjelaskan bayaran 10% atas sebab – sebab tertentu, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon berkenaan

<<<<< MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>>>

<<<< Jenis Geran Pemadanan di Bawah Projek Perintis Yang Ditawarkan >>>>

Kepada Penternak Negeri Pulau Pinang Yang Berkelayakan Sila Hubungi Dr Norameza Ahmad Zabidi Di Talian 04-5084368/69/70 Sambungan 105 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2021