DASAR PEMBASMIAN KEMISKINAN

(Bantuan kewangan)

 

PENGENALAN

 

Dasar Pembasmian Kemiskinan merupakan kesinambungan daripada kejayaan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar yang diperkenalkan sejak Mac 2009. Dasar Pembasmian Kemiskinan diperkenalkan pada Januari 2013 dan bantuan difokuskan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan tegar. Bantuan yang diberikan merupakan bantuan kewangan bulanan untuk meningkatkan pendapatan bulanan KIR. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Dasar Pembasmian Kemiskinan adalah RM770.00 dan perkapita RM220.00. Berikut jumlah PGK dan perkapita yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri mengikut tahun:

 

TAHUN

PGK

PERKAPITA

2009-2011

RM500.00

RM100.00

2012

RM600.00

RM120.00

2013

RM770.00

RM220.00

 

PELAKSANAAN

 

Bantuan kewangan yang diberikan merupakan tambahan (top up) kepada pendapatan bulanan KIR. Bayaran minima yang diberikan adalah RM100.00 dan maksima RM770.00. Kelayakan KIR untuk menerima bantuan kemiskinan ini adalah seperti berikut:

 

Kategori (Bil. Ahli Isi Rumah (AIR))

Kelayakan (Berasaskan pendapatan KIR)

1 orang

Pendapatan kurang daripada RM300.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

2 orang

Pendapatan kurang daripada RM440.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

3 orang

Pendapatan kurang daripada RM660.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

4-5 orang

Pendapatan kurang daripada RM770.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

6 orang ke atas

Pendapatan perkapita kurang daripada RM220.00 seorang setelah ditolak bantuan yang diterima

Sebagai contoh, bagi KIR tanpa tanggungan yang berpendapatan RM250.00 sebulan akan dibayar RM100.00 bukan RM50.00 dan bagi KIR yang mempunyai 6 orang ahli keluarga dan berpendapatan RM500.00 sebulan akan dibayar RM770.00 bukan RM820.00.

 

Pelaksanaan program bantuan adalah melibatkan semua Jabatan dan Agensi Negeri secara bersepadu.

 

Perakuan dan pemantauan dibuat melalui Jawatankuasa yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di peringkat negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah di peringkat daerah.

 

PENCAPAIAN

 

Jumlah KIR yang menerima bantuan kewangan bulanan sehingga Disember 2012: 876 KIR

 

PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat melalui Pusat Khidmat ADUN / Penyelaras KADUN dan Pejabat Daerah dan Tanah.