Written by Administrator on . Posted in PPV Daerah.

PPV Daerah Barat Daya

dbd

Sejarah awal Perkhidmatan Veterinar di Barat Daya, Balik Pulau telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan menumpang di bangunan Pejabat Daerah. Memandangkan  keperluan kepada sebuah yang lengkap bagi daerah berknan, ia telah dinaikkan taraf menjadi Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Barat daya. Pejabat Perkhidmatan Haiwan ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Dato’ Wong Pau Nee pada 30hb Julai 1968

FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH

  1. Menyediakan perkhidmatan veterinar yang cekap dan proaktif untuk merangsang pertumbuhan industry ternakan.
  1. Melaksanakan program pembangunan industri ternakan peringkat daerah disamping usaha pembangunan usahawan.
  1. Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan jabatan berkaitan dengan sistem penternakan dan pengurusan.
  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit ternakan di daerah.
  1. Melaksana dan menyelaras program kesihatan ternakan di daerah seperti program kawalan penyakit berjangkit dan penyakit zoonosis.
  1. Melaksanakan pemeriksaan fizikal/klinikal ke atas haiwan / bahan haiwan untuk tujuan eksport.