BIHeader

OTHER LANGUAGE | THIRD LANGUAGE 


 

faq p hubungi p maklumbalas p peta p
Soalan Lazim   Hubungi Kami      Aduan &
Maklumbalas 
Peta Laman

Announcement

DVS Penang Service Operations During Movement Control Order 2.0
Day of Operation: Monday to Friday
Hours of Operation: 8.30 am to 4.00 pm
More Information 

ATTENTION:

Please be informed that the official email of the new Penang State Veterinary Services Department is This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Please note

ATTENTION !!!!
Rabies
Please take immediate action and report to the nearest DVS
baca lagi

Welcome to Official Portal of Department of Veterinary Services Penang
Thank You For Your Visit

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI) 
 [ENAKMEN 16]

Jabatan Perkhidmatan Veterinar  Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

  1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

  2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang di talian terus 04- 5084368.

:::   Muat Turun Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014
     dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

:::  Muat Turun Pautan Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010(FOI).

:::  Muat Turun Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI )

:::  Muat Turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)