sps

Sejarah awal Perkhidmatan Veterinar di Seberang Perai Selatan adalah melalui    perkhidmatan Pegawai Kawasan tanpa pejabat oleh En Baskaran Nair dan John Abel pada era 1950an yang berpusat di Seberang Perai Tengah.Bagaimanapun, sejak 1965 perkhidmatan menjadi lebih sempurna apabila operasi dijalankan di pejabat yang   asalnya sekolah Melayu Sungai Bakap berikutan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

            Pejabat baru sekarang dibuka dan beroperasi pada era 1970an . Pejabat ini berhadapan dengan Balai Polis Jawi.Menjelang 1983, rancangan tenusu juga telah dimulakan di Pulau Pinang dengan penubuhan sebuah Pusat Pengumpulan Susu yang pertama di Sungai Bakap

FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH

  1. Menyediakan perkhidmatan veterinar yang cekap dan proaktif untuk merangsang pertumbuhan industry ternakan.
  1. Melaksanakan program pembangunan industri ternakan peringkat daerah disamping usaha pembangunan usahawan.
  1. Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan jabatan berkaitan dengan sistem penternakan dan pengurusan.
  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit ternakan di daerah.
  1. Melaksana dan menyelaras program kesihatan ternakan di daerah seperti program kawalan penyakit berjangkit dan penyakit zoonosis.
  1. Melaksanakan pemeriksaan fizikal/klinikal ke atas haiwan / bahan haiwan untuk tujuan eksport.