spt

Sejarah awal Perkhidmatan Veterinar di Seberang Perai Tengah telah ditubuhkan pada tahun 1918 di Jalan Aston bersebelahan dengan padang permainan Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Pembinaan asal pejabat ini mempunyai dua bilik yang dianggarkan untuk 1 Inspektor Haiwan dan 3 - 4 orang anggota sahaja.
           

Bagaimanapun, sejak 1979 terdapat 18 anggota dan keadaan telah menjadi terlalu sesak. Pada ketika itu cadangan telah dikemukakan agar sebuah pejabat baru dibina berhampiran Pusat Pertanian Cherok Tok Kun di dalam kawasan Pusat Pembiakan Khinzir,Bukit Mertajam. Bangunan baru telah disiapkan dengan peruntukan $140.00 dan mula digunakan semenjak tahun 1984.

 

FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH

  1. Menyediakan perkhidmatan veterinar yang cekap dan proaktif untuk merangsang pertumbuhan industry ternakan.
  1. Melaksanakan program pembangunan industri ternakan peringkat daerah disamping usaha pembangunan usahawan.
  1. Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan jabatan berkaitan dengan sistem penternakan dan pengurusan.
  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit ternakan di daerah.
  1. Melaksana dan menyelaras program kesihatan ternakan di daerah seperti program kawalan penyakit berjangkit dan penyakit zoonosis.
  1. Melaksanakan pemeriksaan fizikal/klinikal ke atas haiwan / bahan haiwan untuk tujuan eksport.