spu

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, Seberang Perai Utara telah disiapkan pada tahun 1989 dengan diperuntukan hampir 2 juta ringgit dan mula beroperasi pada tahun 1990. Pejabat ini telah dirasmikan pada 6hb Ogos 1990 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu Y.A.B Tun Abdul Ghafar bin Baba.

Pejabat ini terletak didalam kawasan seluas lebih kuarang 5.014 hektar @ 12.390 ekar diatas lot 3437 Mukim 12, Daerah Seberang Perai Utara.Berhampiran dengan Sek. Men. Agama Al-Irshad Pokok Sena dan Sek. Keb. Pokok Sena dimana lebih kurang 500 meter dari persimpanagan Jalan Pokok Sena-Kepala Batas.

 

FUNGSI-FUNGSI PERKHIDMATAN VETRINAR DAERAH

  1. Menyediakan perkhidmatan veterinar yang cekap dan proaktif untuk merangsang pertumbuhan industry ternakan.
  1. Melaksanakan program pembangunan industri ternakan peringkat daerah disamping usaha pembangunan usahawan.
  1. Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan jabatan berkaitan dengan sistem penternakan dan pengurusan.
  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit ternakan di daerah.
  1. Melaksana dan menyelaras program kesihatan ternakan di daerah seperti program kawalan penyakit berjangkit dan penyakit zoonosis.
  1. Melaksanakan pemeriksaan fizikal/klinikal ke atas haiwan / bahan haiwan untuk tujuan eksport.